Semalam, Adi Putra dan isterinya telah mengadakan satu sidang media di sebuah kafe di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur kira-kira pukul 9 malam bagi menjelaskan status perkahwinan mereka selepas timbul kontroversi kedua-dua mereka dikatakan sudah tidak lagi sehaluan.
Dalam sidang media tersebut, Adi Putra yang semua orang tahu merupakan seorang pelakon menyifatkan masalah rumah tangga yang melanda dalam kehidupannya dan isteri, Zuhaida Yusof (Aida) seperti sebuah drama yang sering dilakonkannya tetapi ia adalah realiti kehidupan sebenar.
Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera, 31, berkata, dia bersyukur kerana cepat menyedari tentang kesan yang akan berlaku sekiranya tidak menarik balik kes cerai yang difailkannya pada 11 Mei lalu. Menurut Adi Putra yang dilaporkan di mStar Online:-
““Saya anggap keputusan menarik balik kes cerai terhadap isteri adalah satu keajaiban. Alhamdulillah kami sedar bahawa rumah tangga yang dibina perlu diteruskan dan kami masih memerlukan di antara satu sama lain.”



0 comments:
Post a Comment