Berita Terbaru :

KRU lancar filem baru, "29 Februari"

Thursday 31 May 2012


Selepas mencipta pelbagai kejayaan melalui penerbitan lagu tema bagi filem, antaranya “Penyembuh Rindu” Mawi dan Diana Danielle (Magika) dan “Sedetik Lebih” nyanyian Anuar Zain (Hikayat Merong Mahawangsa), KRU Music sekali lagi meneruskan tradisi dengan menerbitkan keseluruhannya 4 buah lagu untuk filem Stereoscopic 3D (S3D) pertama Malaysia berjudul “29 Februari” terbitan KRU Studios.
Walaubagaimanapun, hanya 3 lagu utama dipilih untuk dikeluarkan secara “single” untuk siaran radio iaitu ”Kelip-kelip” nyanyian Remy Ishak, “Jagalah Diri” nyanyian Jaclyn Victor dan “Seperti Dulu” nyanyian Forteen yang mendapat sentuhan magis Edry Abdul Halim, pencipta dan penulis lirik yang juga merupakan pengarah bagi filem ini.

“29 Februari adalah sebuah filem yang amat kami nanti-nantikan di KRU Studios. Bagi menyemarakkan lagi promosi filem ini 3 buah lagu telah pun dipilih untuk dikeluarkan secara berperingkat untuk siaran radio khususnya untuk langganan nada dering bagi peminat-peminat muzik di Malaysia. 3 lagu daripada 3 penyanyi yang mempunyai latarbelakang yang berbeza serta masing-masing mempunyai kekuatan yang tersendiri” kata KC Ismail, Timbalan Presiden KRU Music.

“Kelip-kelip” dari suara Remy Ishak
Sebagai pelakon utama filem “29 Februari”, Remy Ishak dituntut untuk menyanyi di dalam filem muzikal ini. Bertitik-tolak dari situ, beliau turut menyumbang suara untuk lagu “Kelip-Kelip”. Ini merupakan percubaan pertama Remy dan ternyata tidak menghampakan. “Kelip-Kelip” menceritakan tentang bagaimana seseorang itu dapat memberikan harapan kepada yang lain dengan keikhlasannya “menyinar bagai kelip-kelip” ketika di dalam kegelapan. Bersesuaian dengan Remy, lagu ini bakal sinonim dengan watak Budi di dalam filem “29 Februari”.



Share this Article on :

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Wa Cerita 2012 | Design by Armzstory | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.