Berita Terbaru :

3 Sahabat Menipu Sebelum Hilang

Monday 11 June 2012


SUNGAI SIPUT: Helah tiga rakan baik menipu ibu bapa masing-masing kononnya ingin menghadiri kelas tuisyen di sekolah mereka pagi kelmarin mengundang kebimbangan keluarga apabila ketiga-tiga mereka tidak pulang ke rumah sehingga petang semalam.
Kehilangan murid lelaki tahun enam Sekolah Kebangsaan Muhibbah di sini, itu disedari keluarga masing-masing sebelum laporan dibuat di Balai Polis Sungai Siput.


Kanak-kanak berkenaan dikenali sebagai P Muganasundram, S Vijay dan Muhamad Nazir Hussen, keluar dari rumah mereka di sini pada jam 7 pagi kelmarin dengan berbasikal sambil menggalas beg kecil.

Ibu Vijay, R Anaugam, 36, ketika ditemui semalam berkata, anaknya memaklumkan ingin ke sekolah pagi berkenaan bagi menghadiri kelas tuisyen.




“Bagaimanapun, anak sulung saya menelefon pada jam 2.30 petang pada hari kejadian dan memaklumkan Vijay belum pulang sedangkan dia sepatutnya habis pulang kelas berkenaan kira-kira jam 12.30 tengah hari.

“Saya bergegas pulang sebelum menuju ke sekolah, namun pengawal keselamatan sekolah memaklumkan tiada aktiviti di sekolah hari itu termasuk kelas tuisyen,” katanya.


Katanya, dia segera membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya itu.

Menurutnya, sehingga semalam, dia tidak menerima sebarang panggilan telefon daripada anaknya itu.


“Saya mencarinya di serata tempat termasuk menghubungi rakan baiknya, namun gagal menjejakinya. Saya berharap dia pulang segera.



“Malah, saya juga berharap individu yang menyembunyikan anak saya serta dua rakan rakannya itu memulangkan mereka dengan selamat,” katanya.





Sesiapa yang menemui mangsa  diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput di talian            05-598 2222       untuk membantu siasatan.


Share this Article on :

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Wa Cerita 2012 | Design by Armzstory | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.