““Saya masih baru dalam industri hiburan dan konsert ini diadakan untuk menilai pencapaian saya dalam industri ini”
“Akhir-akhir ini, ramai artis antarabangsa yang datang ke Malaysia. Jujur, saya risau konsert ini tidak mendapat sambutan selain kebarangkalian berlakunya masalah teknikal dan sebagainya. Tapi saya akan tetap memberikan yang terbaik”
Pada 1 Julai ini, Faizal Tahir akan kembali menghiburkan para peminat yang sudah merindui kelantangan suaranya menerusi konsert penuh solo pertama. Ianya akan berlangsung di KL Live.
Konsert yang dijadualkan berlangsung selama satu jam itu dikhabarkan lebih menumpukan kepada kreativiti dalam susunan muzik berbanding aspek visual dan gimik persembahan.
Konsert ini dianjurkan oleh syarikat Zackkoolg dengan kerjasama The 8 Unit, Faizal menganggap konsert kali ini sebagai kayu pengukur dalam kerjayanya dimana dianggarkan seramai 2,000 orang akan hadir.
Selain itu, Faizal Tahir juga akan melancarkan album ketiga beliau pada malam tersebut. Jadi nantikan persembahan beliau.



0 comments:
Post a Comment